January 24, 2016

Nota pantang

Disebabkan saya berkemungkinan akan berpantang sendiri di negara orang (Jeddah, KSA) bersama suami terchenta, saya perlu melakukan banyak research mengenai pantang. Lagi2 anak pertama kan. 

Saya ada bertanya juga, bagaimana caranya orang arab berpantang kepada MIL. But my MIL sangat sempoi orangnya. Pantang koboi most of the time. Mereka tiada pantang seperti kita. Sebab tu, bukan nak cakap ya, orang arab, umur 50 ke atas badan mereka dah nampak sangat2 tua. Lagi2 mereka rajin produce baby kan dan tidak di jaga selepas itu. But not my MIL. My MIL special case. Dia sangat cantek okayyy. Tergugat I. Lol.

Oleh yang demikian, saya memang kena prepare seawal mungkin untuk postpartum/confinement/pantang saya nanti. Kebanyakkannya saya belajar dari google, IG and FB. Getting knowledge from others. Dan setiap kali baca tak notes mana2. Jadinya keep lupa. Oleh yang demikian saya post lah 101 pasal berpantang. 

Apa yang anda perlu tahu mengenai pantang?

Pilis: Pilis adalah ubatan yang diletak di bahagian dahi untuk menghilangkan pening-pening dan gelap mata. Ada serbuk dan minyak.
Param: Param untuk menghangatkan badan. Ada jenis serbuk atau minyak. Selalunya letak dekat seluruh badan kemudian mandi. 
Tapel: Tapel adalah untuk letak dekat perut. Bagi panas and then barut. Ada barut ada minyak.
Barut: Wajib barut ya perut yang lepas bersalin.Untuk mengetatkan kembali or kembalikan kepada kawasan original. Barut tradisional VS moden.
Jamu @ air akar: Yang ini ada macam2 jenis dekat pasaran dan mengikut keselesaan masing2.  Ada yang ambil jamu ada yang ambil air akar. Ada yg minum air periuk? Tapi yg ini adalah untuk penjagaan dalaman.
Bertungku: Bertungku di kawasan rahim. Wajib katanya ma saya. Lebih kepada rahim, kecutkan rahim.
Bertangas @ sauna: Bertangas orang2 dahulu, mereka baring atas katil yg di bawahnya ada pasang kayu api. Kakak saya ada lalui stage nie tapi banyak ngelat and ma saya jadi bosan nak layan. Haha. Tapi best lah sebabnya panas ja. Kalau x mampu buat macam nie, duk sebelah heater. Or beli ja sauna letak kat rumah. Masuk sauna detox lah apa yang patut.
Mandi herba: Mandi herba untuk memberi kesegaran dan khasiat lain. Boleh letak herba dekat sauna. 
Berurut: Berurut membetulkan kembali urat urat dan seterusnya. Urut tolak peranakan @ sengkak. 
Ubat sembelit: Yang ini rasanya amat penting untuk di ambil perhatian. Prepare awal2 ya. 
Generally, ini adalah perkara2 yang selalu dilakukan oleh ibu ibu berpantang. Penjagaan luar dan dalam. Dan sepastinya pantang makan. Semua tahu mengenai perkara ni rasanya. 

Saya ada membuat list apa yang diperlukan oleh saya untuk kemudahan berpantang. Dan set berpantang mana yang saya pilih. Resepi pantang juga. Saya akan update kemudian. InsyaAllah. 

Massalama for now! :)

No comments:

Post a Comment